MADU DAN PERUBATAN


Madu Menurut Al-Qur’an Al-Karim

Firman Allah Subhanahu wa Taala dalam Surah an-Nahl ayat 68-69 yang tafsirannya:

“Dan Tuhanmu telah mengilhamkan kepada lebah: “Buatkanlah sarang-sarang di gunung ganang, di pohon-pohon kayu dan tempat-tempat yang dibangunkan oleh manusia.  Kemudian makanlah dari segala jenis  bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai) serta laluilah jalan-jalan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkanNya (bagimu). Daripada perutnya(lebah) keluar minuman (madu) yang berlainan warnanya, didalamnya terdapat ubat penyembuh bagi manusia.

Allah Subhanahu wa Ta’ala memuliakan lebah dan sebagaimana termaktub di dalam kitabNya Al-Qur’an Al-Karim sehingga Allah Subhanahu wa Ta’ala mengkhususkan satu surah dalam Al-Qur’an yang dinamakan dalam surah an-Nahl (Lebah).  Membaca Surah an-Nahl akan mengembangkan akal fikiran dan menerangkan hati dengan pengetahuan dan kebijaksanaan Allah Subhanahu wa Ta’ala .  Pada setiap ayat dari ayat-ayatnya (Surah an-Nahl) terdapat dalil yang jelas tentang ni’mat kebaikan dan sebagainya daripada ni’mat Allah yang tidak terkira banyaknya.  FirmanNya dalam Surah Ibrahmim ayat 34 yang tafsiranya: “…dan jika kamu menghitung ni’mat Allah tentulah kamu tidak terkira banyaknya….” 

Adapun ayat yang terkandung dalam Surah an-Nahl merangkumi tentang ni’mat dan pemberian Allah Subhanahu wa Ta’ala terhadap manusia di muka bumi.  Ianya merupakan bukti dan hujah bagi memudahkan mereka memanfaatkan apa yant telah diciptakan Allah di atas muka bumi, apa yang telah diturunkan ke atasnya, apa yang telah ditinggalkanNya dalam sungai dan laut dan juga apa yang tersembunyi di darat dan di gunung .  Semuanya ini merupakan gambaran yang nyata dan jelas tentang keagungan yang Maha Pencipta terhadap makhluk, binatang, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya.

Lebah dilihat manusia sebagai serangan yang kecil dan mereka mengetahui tentang manfaat lebah.  Kesungguhannya dan ketekuntannya dalam pembuatan dan pengeluaran madu di mana madu terdapat didalamnya ubat penyembuh bagi setiap penyakit dengan pengetahuan dan kebijaksaan Allah Subhanahu wa Ta’ala jua.

Madu Menurut Hadits Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam:

Diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu Sa’id al-Khudri Radhiallahu ‘anhu katanya:

“Telah datang seorang lelaki kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam lalu dia berkata “Adapun saudaraku menghidap sakit perut”.  Lalu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda : “Berikan dia minum madu”.  Kemudian dia datang lagi lalu berkata “Ya Rasulullah, sesungguhnya telah aku berikan dia minum madu, Ya Rasulullah, namun sakitnya bertambah juga.” Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Allah Maha Benar! Perut saudaramu itulah yang dusta.” Lalu Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam memberinya minum madu lalu sembuhlah dia.”

Sesungguhnya Rasulullah Shahhallahu ‘alaihi wasallam yakin dapat menyembuhkan sakit perut lelaki itu sekalipun bermula dengan perkara yang zahir iaitu apa yang dinamakan dengan realiti yang berbeza dengan yakin.   Kerana yakin itu lebih benar daripada realiti yang mana akhirnya membenarkannya.  Keyakinan bahawa madu mengandungi penawar bagi manusia sepertimana yang tersebut di dalam kitab Allah dan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam adalah orang yang beriman dan yakin dengan setiap permasalahan dan fakta yang terkandung di dalam kitab Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Oleh kerana madu di dalamnya terdapat ubat penyembuh bagi semua jenis penyakit, maka Rasulullah Shallallahu a’laihi wasallam menyifatkan lelaki itu melakukan rawatan menggunakan madu kerana terpaksa dan dia tidak melihat kebaikannya.  Walaupun madu merupakan penawar untuk sebahagian penyakit tanpa sebahagiannya, baginda selalunya memastikan terlebih dahulu jenis penyakit barulah baginda menerangkan jenis rawatan menggunakan madu.  Kadang-kadang madu yang digunakan memerlukan masa untuk Nampak kesan penyembuhan dan juga berbeza tempoh masa bagi satu penyakit dengan penyakit yang lain sepertimana hadits di atas di mana berulang-ulang saudaranya yang sakit menemui Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dan baginda meyakininya untuk meneruskan rawatan dengan memberi minum madu.

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari daripada Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhuma katanya, bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:

“Pengubatan itu ada tiga cara, iaitu minum madu, berbekam dan kay (menempelkan besi panas pada tempat yang terluka), sedangkan aku melarang umatku berubat dengan kay.”

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam ketika mana jelas yang demikian itu maka baginda tidaklah menolak, sesungguhnya ia adalah wahyu yang diturunkan kepadanya melalui pengetahuan dan kekuasaan yang dimiliki oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala .  Madu adalah kepala dari segala ubat-ubatan, bahkan kebaikannya untuk nenyembuhkan semua penyakit dan tidak khusus bagi sebahagian penyakit sahaja. Oleh yang demikian adalah diakui madu adalah ubat penyembuh bagi penyakit.  Adalah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasalam itu bertindak di atas hikmah daripada Allah Yang Maha Mengetahui.

Diriwayatkan dari Imam Ibnu Majah ari Abu Hurairah katanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Barang siapa yang minum madu dalam tiga pagi (tiga kali) dalam setiap bulannya, maka ia tidak akan ditimpa bala’ (penyakit) yang berat.”

Ini menunjukkan adalah perlu mengambil madu secara berterusan dan bukan secara berkala(terputus-putus).  Sebaiknya dimakan dengan cara tiga kali setiap bulan.  Ia juga dapat meningkatkan keupayaan badan menentang penyakit sepertimana ia dapat meningkatkan sistem imun badan.












Manfaat Madu Sebagai Perubatan:

1)   Madu Penyembuh Bagi Setiap Penyakit:

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam Surah al-Fussilat ayat 53 tafsirnya:
“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di merata-rata tempat (di dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri sendiri, sehingga ternyata kepada mereka bahawa al-Qur’an adalah benar.”

Maha suci Engkau Ya Allah, yang menciptakan segala rahsia makhlukMu untuk menunjukkan dengan jelas akan kebesaran ciptaanMu supaya manusia yang serba kekurangan dan lemah sujud tunduk kepadaMu  dengan kekuasaan ciptaan yang Engkau ciptakan.

Madu lebah mengandungi banyak rahsia dan hikmah yang menjadikan iman atau kepercayaan kita semakin bertambah terhadap kebesaran da keupayaan Allah Subhanahu wa Ta’ala atas setiap yang digambarkan kerana lebah merupakan bukti yang berharga bagi penyelidik yang menyelidik tentang rahsia madu ini yang mana juga merupakan salah satu dari rahsia alam semesta dan juga merupakan ubat yang paling berkesan di atas muka bumi ini.

Dan telah terbukti bahawa madu adalah ubat penyembuh bagi setiap penyaakit dengan izin Allah Subhanahu wa Ta’ala sehinggalah pada penyakit yang sukar untuk dirawat.  Malah madu menjadi pembunuh kuman yang merupakan punca setiap kesengsaraan dan setiap penyakit.

Para doktor dan penyelidik, mereka membuat ujian pada setiap penyakit dengan menggunakan madu untuk penyembuhannya.  Hasil daripada kajian dan penyelidikan mereka dalam bidang rawatan penyakit bahawa madu menyembuhkan semua penykit dengan izin Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Disamping itu, madu merupakan makanan yang efektif bagi semua penyakit.  Madu juga menyamai cecair yang diperlukan manusia bagi merawat dan melawan penyakit.

Kerana kelebihan yang terdapat pada madu dan nilai permakananya maka ia digunakan secara meluas di klinik dan hospital.

Hasil ujian dan kesungguhan para doktor yang menjalankan kajian setiap penemuan kimia dan di bawah permerhatian mereka tidak ada apa-apa di dalamnya bahkan tidak dikenal pasti.  Yang jelas bahawa madu adalah ubat penyembuh bagi manusia, dengan izin Allah.

Malah orang Barat sendiri berlumba untuk membuat rawatan dengan menggunakan madu.
  



2)   Penyakit Yang Dirawat Dengan Menggunakan Madu:
Hasil dari kajian dan penyelidikan membuktikan bahawa madu boleh menyembuhkan segala penyakit dengan izin Allah Subhanahu wa Ta’ala, di antaranya:
·        Asma
·        Ulser
·        Hematologi
·        Penyakit mata
·        Penyakit jantung
·        Penyakit buah pinggang
·        Penyakit hati
·        Sistem usus rengsa
·        Batuk
·        Tekanan darah tinggi
·        Penyakit sendi
·        Diabetes
·        Mati pucuk
·        Ekzema


3)   Madu Sebagai Antibiotik Dan Pembunuh Kuman:

Madu mengandungi antibiotikdari bahan yang dihasilkan daripada aktiviti lebah dan madu yang masuk tidak menghalang pertumbuhan bakteria sahaja tetapi juga menghalang kulat.
Telah dibuktikan bahawa bahan yang terkandung di dalam madu tidak dikenali sehingga sekarang iaitu yang boleh menghalang banyak kuman dan kulat.  Oleh yang demikian itu madu merupakan ubat yang terdapat di dunia yang mengandungi anti-virus.

Bagaimanapun tidak terdapat maklumat yang mendedahkan tentang rahsia madu.  Ini adalah untuk menjadikannya salah satu daripada tanda-tanda kebesaran yang Maha Pencipta.


4)   Madu Menguatkan Sistem Imun Badan:

Penggunaan madu yang berterusan memberikan sistem imun badan yang sempurna untuk menghalang penyakit, Insya Allah.


5)   Madu Kaya Dengan Pelbagai Vitamin:

Vitamin adalah bahan asas yang terdapat di dalam makanan yang diperlukan oleh tubuh badan.  Vitamin sangat diperlukan untuk pertumbuhan yang baik dan untuk kekal sihat serta mengekalkan kecergasan.  Oleh itu badan hendaklah dibekalkan dengan vitamin melalui makanan kerana tanpa adanya vitamin sel-sel di dalam tubuh tidak mampu berfungsi.

Kekurangan vitamin di dalam badan akan membawa kepada pelbagai penyakit teruk atau kronik.

Oleh itu rawatan bagi penyakit-penyakit ini bergantung kepada peruntukan vitamin-vitamin di dalam makanan.

Madu mengandungi pelbagai jenis vitamin yang sangat penting.

1.     Vitamin A
Vitamin A adalah penting untuk pemeliharaan sel kornea dan epital dari penglihatan.  Ia juga amat diperlukan bagi memperbaharui sel kulit sepertimana ia amat diperlukan untuk keselamatan slaput lendir dan proses metabolik dalam badan.

Kekurangan vitamin A di dalam badan mengakibatkan rabun malam dan kurangnya penglihatan pada cahaya yang malap.  Kekurangan vitamin A juga menyebabkan kulit kering dan radang pada mata.  Selain itu juga, akan mencegah pertumbuhan di kalangan kanak-kanak dan menyebabkan lemah sendi dan kerosakan pada gigi serta kurang pertahanan badan terhadap penyakit.

2.     Vitamin D
Vitamin D berfungsi pada mineralisasi tulang dengan meningkatkan penyerapan kalsium dan fostor, dan kedua-duanya sangat berguna untuk menguatkan tulang dan gigi.

Kekurangan vitamin D did al badan mengakibatkan riket(sejenis penyakit tulang) bagi kanak-kanak dan reput tulang bagi kalangan orang dewasa dan melambatkan proses pertumbuhan gigi dan akan membentuk gigi yang tidak elok.  Selain itu juga, membawa kepada penyakit radang terutama radang hidung dan tekak,


3.     Vitamin E

Vitamin E adalah penting dalam pembentukan sel dan membantu mengekalkan stamina dan kesihatan janin semasa dalam kandungan.

Kekurangan vitamin E di dalam badan mengakibatkan menghalang pertumbuhan sperma dan kematian janin di penghujung kehamilan di kalangan wanita.  Kekurangan vitamin E ini juga menyebabkan kelemahan sistem saraf dan otot serta kegagalan jantung.

4.     Vitamin K

Vitamin K berfungsi untuk mencegah peredaran di mana ia membantu pembentukan prothrombin iaitu yang diperlukan untuk proses pembekuan darah.

Kekurangan vitamin K di dalam badan mengakibatkan proses pembekuan darah yang lambat apabila berlakunya pendarahan.  Vitamin K juga digunakan dalam rawatan pelbagai penyakit antaranya hrpatitis, sirosis (penyakit hati), dan batuk dan beberapa kes-kes tekanan darah tinggi, pendarahan dalam selaput mata dan pendarahan dari hidung.




5.     Vitamin B1

Vitamin ini memainkan peranan yang penting dalam proses gula dalam badan.  Oleh yang demikian, adalah perlu untuk mengambil manfaat daripada vitamin ini.  Ia adalah perlu untuk mengekalkan integriti saraf dan fungsi sistem saraf sepertimana juga mempunyai kepentingan dalam kekerapan proses penghadaman dan mengekalkan selera untuk makan.

Kekurangan vitamin B1 di dalam badan mengakibatkan kehilangan selera makan, muntah, sembelit, sakit mata dan merosakan sistem saraf.


6.     Vitamin B2

Vitamin B2 ini memberi hydrogen kepada sel hidup dalam proses pengoksidan dan membantu badan menyingkirkan garam dan air dengan perantaraan buah pinggang juga membantu untuk menyerap zat besi.

Kekurangan vitamin B2 di dalam badan mengakibatkan iritasi, keretakn kulit dekat bibir dan mulut, lidah dan gusi, pengelupasan kulit di keliling hidung, radang pada korea mata dan gangguan penglihatan serta masalah penghadaman dan lemah badan.


7.     Vitamin B3

           Vitamin B3 adalah perlu untuk badan dan berperanan penting dalam membersihkan badan daripada bahan-bahan asing seperti ubat-ubatan dan sebagainya dalam meningkatkan halangan kepada radang selaput lendir dan membantu untuk menjaga warna rambut sepertimana juga membantu dalam metabolisme badan.

Kekurangan vitamin B3di dalam badan mengakibatkan gangguan metabolisme dan pertumbuhan uban lebih awal dan keguguran rambut.


8.     Vitamin B5
Vitamin B5 berfungsi untuk mencegah sindrom Pellagra iaitu sindrom yang berkaitan dengan kulit, sistem penghadaman dan sistem saraf.

Kekurangan Vitamin B5 di dalam badan mengakibatkan kecederaan dan keradangan kulit dan dalam sistem pencernaan, luka-luka di dalam mulutdan bibir dan bengkak lidah serta penyakit keradangan usus, cirit-birit yang teruk, muntah dan hilang selera makan.

Pesakit juga akan mengalami gangguan sistem saraf (neurologi) dan ingatan yang lemah serta gangguan intelektual.


9.     Vitamin B6

Vitamin B6 berperanan penting dalam konsumsi protein kerana ia mengekalkan keseimbangan makanan dalam tisu badan.

Kekurangan B6 di dalam tubuh badan mengakibatkan radang kulitdan gangguan sistem saraf dan otot.


10.                       Vitamin H
Vitamin ini menyumbang kepada proses metobolik:

Kekurangan vitamin H di dalam badan mengakibatkan radang kulit dan kekurangan hemoglobin (protein yang mengandungi zat besi) dalam sel darah merah.

11.                       Vitamin C
Adapun vitamin C terkenal sebagai antioksiden dan ia membantu untuk membentuk kolegen yang diperlukan untuk pembentukan gigi. Vitamin C juga membantu tubuh untuk menyerap zat besi dan membentuk sel darah merah serta melindungi pesakit dengan hepatitis virus daripada fibrosis.

Kekurangan vitamin C mengakibatkan kelemahan dan keletihan, sakit sendi, anemia dan penyakit kudis dan gusi serta kerosakan gigi.
6)   Madu Anti Barah (Tumor)

Barah merupakan penyakit pertama yang menghantui fikiran para doktor penyelidik dan pesakit.

Para penyelidik dan institusi-institusi yang pakar tentang barah, memaksa mereka menggunakan banyak masa, wang dan belajar mengenai barah.  Walaubagaimana pun barah tetap menjadi misteri yang tidak diketahui dalam dunia perubatan moden.

Kajian telah membuktikan bahawa orang yang menggunakan produk madu peratus untuk menghadapi kanser hampir tidak wujud.

7)   Madu Dan Penyakit Wanita:

Setiap produk lebah mengandungi manfaat yang besar kepada wanita secara amnya  melalui semua peringkat kehidupan.

Bermula dari waktu haid, mengandung, melahirkan anak kemudian menopaus sehinggalah lanjut usia.

Madu telah memberikan hasil yang menggalakkan dan cepat dalam merawat kes di kalangan wanita dan antaranya:

1)   Keradangan faraj dan servik
2)   Hati dingin
3)   Mulut berbau
4)   Menghilangkan jerawat muka
5)   Meringankan kesakitan (ketika haid)

 
8)   Manafaat Madu Untuk Wanita Hamil:

Madu lebah menganduungi pelbagai jenis vitamin yang diperlukan oleh mereka yang hamil dan kekurangan vitamin dan membawa kepada penyakit yang berbahaya.  Ia juga mengandungi asid folik yang membantu pembentukan dan kematangan sel-sel darah merah dan kekurangan vitamin akan membawa kepada anemia.


Manfaat kepada wanita yang hamil ada dalam beberapa hal;
1)   Madu lebah meliputi garam mineral semasa mengandung.
2)   Membantu untuk melegakan rasa mual ketika mengandung.
3)   Mengurangi rasa panas di dalam perut ketika mengandung.
4)   Menangani masalah sembelit ketika mengandung.
5)   Mencegah keracunan pada janin.
6)   Saat membantu dalam tempoh nifas kerana kandungan madu dapat membunuh banyak bakteria berbahaya.
7)   Dapat mengecutkan otot yang dikaitkan dengan kehamilan.
8)   Membantu pengecutan rahim dalam memudahkan proses kelahiran kerana ia mengandungi prostagelandine yang meningkatkan kekuatan pengecutan rahim yang mana membantu ketika kelahiran.


9)   Madu Rawatan Perlindungan Untuk Kanak-Kanak.

Adapun daripada ayat-ayat Allah Subhanahu wa Ta’ala.  Dia menjadikan madu sebagai makanan yang sempurna bgi perkembangan dan pertubuhan tubuh badan di kalangan kanak-kanak seperti salesma, cirit-birit, muntah, sembelit dan sebagainya.

Kaedah penyusuan susu ibu adalah asas pertama yang membentuk kepada permakanan kanak-kanak sejak lahir, tetapi sumber ini adalah tidak lagi mencukupi dan menyeluruh apabila kanak-kanak itu membesar dan untuk pertumbuhan badannya.  Adapun badan memerlukan makanan lebih dari segi kuaantitidan kualiti.  Oleh yang demikian ibu-ibu  menggunakan susu lembu untuk mengimbangi kanak-kanak daripada makanan yang diperlukannya.

Kelebihan madu adalah sebagai antiseptik bagi usus dan ia mengelakkan kanak-kanak daripada sembelit dan sakit perut. 

Kadar terbaik bagi penggunaan madu dalam permakanan kanak-kanak adalah satu sudu the pada waktu pagi dan petang.  Dan ditambah ketika megalami sembelit. (Tidak perlu memberi madu kepada kanak-kanak yang umurnya  kurang dari setahun)

10)                      Madu Untuk Orang Tua
Orang yang perlu makan produk saraang lebah sebagai makanan tambahan kerana mereka sering mengalami kekurangan berat badan.  Ini disebabkan oleh dua sebab yang penting iaitu:

Pertama: 
Tubuh badan orang tua kurang berkemampuan      untuk menyerap makanan dan kurang mendapat khasiat daripadanya disebabkan oleh usia tua.

Kedua:    
Orang yang sering memakan makanan yang sudah hilang  khasiatnya  samada ketika proses penyediaan atau proses memasak.

Atas sebab-sebab ini, orang yang telah tua perlu mengambil vitamin dan mineral dalam jumlah yang besar di mana semuanya terdapat dalam madu lebah . (Tegahan bagi orang yang mengidap diabetes)




No comments:

Post a Comment